Sunday 12 August 2012

Lambang Kami! 'Bukan Star Of David'






Bismillahirrahmanirrahim..
Salam, di sini saya nak kongsikan sesuatu yang amat penting. Khas buat rakan-rakan seperjuangan seterusnya Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.

Terdetik di hati nak menulis tentang tajuk ini apabila ramai yang salah anggap, yang mendakwa bahawa lambang kami, iaitu lambang Taqwa Pertahanan Diri dan Rawatan Islam (TAPEDIRI) adalah lambang Freemason atau dikenali sebagai "Star Of David". Di sini saya nak menyangkal sekerasnya dakwaan ini, bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan berharap isu ini tidak dicetuskan lagi. Kat sini juga saya nak terangkan asal-usul yang dikatakan sebagai Star Of David ini. Kerna tidak mahu kita hanya menuduh tanpa pengetahuan. Ini sangat berbahaya.

Mula-mula sekali kita lihat perbezaan antara lambang "Star of David" dan Lambang TAPEDIRI
 
Inilah lambang kami. Ramai yang mendakwa, dan sampai sendiri di telinga saya bahawa 2 petak tersebut yang mempunyai 8 bucu itu adalah lambang Freemason atau "Star Of David". Memang pelik kan? Sebenarnya 2 petak itu bermaksud Al-Quran dan Sunnah. Banyak lagi lambang sebegini digunakan contoh seperti gambar di bawah:

1) Lambang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



2) Lambang Sebuah Sekolah Menengah Agama

Dan Banyak Lagi. Namun tidak pula menjadi perbahasan atau dakwaan orang ramai.

Sebenarnya yang dikatakan Star Of David adalah Lambang yang mempunyai 6 bucu seperti ini:



Atau:




lagi:



Sekarang kita masuk pula di bahagian kedua, Apa pula yang dikatakan sebagai Star Of David dari mana sejarahnya..

Salah satu sumber yang memberitahu, Star Of David atau pun simbol berbucu enam milik orang Arab. Benarkah?? buktinya...

Simbol ini diperkenalkan oleh Pejuang Islam yang terkenal iaitu Sallehudin Al-Ayyubi. Kisahnya bermula apabila Sallehudin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan Tentera Salib. Jadi beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo), Syria. Mimbar ini sebagai simbol bahawa Masjid Al-Aqsa berada dalam amanah Islam semula. Oleh itu, satu mimbar diletakkan di Masjid Aqsa, dan satu lagi di Masjid Al-Khalil (masjid dimakamkan Nabi Ibrahim)

Bukti: 



1) Mimbar Al-Aqsa



2) Tingkap Al-Aqsa

 

3) Dinding Al-Aqsa

Apakah maksud sebenar lambang ini? sebenarnya ia bermaksud Lambang Bangsa Arab Kan'an. Bangsa penduduk asal Tanah Palestin. Sallehuddin Al-Ayubi menggunakan simbol ini sebagai penghormatan kepada Bangsa Kan'an yang telah memeluk Islam.

Jadi apakah tujuan sebenar Israel menggunakan lambang ini?? Mudah sahaja, ianya bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa dialah penduduk asal Palestin. Seperti Bangsa Kan'an.

 

Malangnya Lambang ini terus digunakan untuk memesongka pandangan kita.

Akhir kata dari saya, saya mengharap tulisan ini dapat membantu membuka minda kita. Segala teguran, perkongsian saya alu-alukan untuk kepentingan bersama. sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri Wallahua'lam..

sumber:
http://www.facebook.com/notes/anti-11-anti-illuminati-anti-freemason/bintang-bucu-6-israel-hak-milik-bangsa-arab-/199550690058733 

Ustaz Muhammad Abdullah. Tanyalah Ustaz TV 9

Sunday 5 August 2012

Apabila Manusia Kembali Menyembah Berhala





Salam.. Sedarkah kita, semakin moden dunia sekarang, semakin banyak di antara kita yang menyembah berhala?? Berhala yang aku maksudkan bukanlah seperti berhala yang diperbuat dari patung, batu atau sebagainya.. tetapi inilah berhala moden dunia masa kini!! Secara sedar atau tak, sebenarnya kita sudah tergolong di dalam golongan ini... Allah berfirman:


“…Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang nyata. Maka
Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka. Akan tetapi, merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (QS. Al-Rum 30:9)
sabda Rasulullah berikut :
“Akan datang suatu zaman atas manusia. Perut-perut mereka menjadi Tuhan-tuhan mereka
Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Dinar-dinar mereka menjadi agama mereka. Kehormatan mereka tergeletak pada kekayaan mereka.
Waktu itu, tidak tersisa iman sedikit pun kecuali namanya saja. Tidak tersisa Islam sedikit pun kecuali ritual-ritualnya saja.
Tidak tersisa Al-Quran sedikit pun kecuali pelajarannya saja. Masjid-masjid mereka makmur dan damai, akan tetapi hati mereka kosong dari petunjuk. Ulama-ulama mereka menjadi makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi. Kalau
terjadi zaman seperti itu, Allah akan menyiksa mereka dan menimpakan kepada mereka berbagai bencana :
Kekejaman para penguasa, kekeringan masa, dan kekejaman para pejabat serta pengambil keputusan.”
Maka takjublah para sahabat mendengar pembicaraan Nabi. Mereka bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah mereka ini menyembah berhala ?”
Nabi menjawab, “Ya ! Bagi mereka, setiap serpihan dan kepingan uang menjadi berhala.”


 Nauzubillahiminzalik...
 -antara contoh-contoh golongan tersebut..


1- Kita berusaha menjaga hati kekasih kita, tapi kita tidak mampu menjaga hubungan dengan Allah


2- Berusaha bekerja awal pagi kerana takut terlewat dimarahi oleh bos atau majikan- majikan, tetapi sembahyang tidak pula di awal waktunya. Ada pula yang tidak sembahyang langsung.


3- Menutup mulut atas kesalahan majikan-majikan kerana takut dibuang kerja, tertutup periuk nasinya, walaupun kesalahan majikannya jelas melanggar hukum-hakam islam..


4- Sanggup berjaga lewat pagi, kunci jam awal pagi untuk menonton perlawanan bola sepak, tetapi tidak sanggup untuk berqiamullail..


5- Dengan bangga mengisytiharkan artis, pemain bola terkenal, sebagai  idolanya sehinggakan tahu maklumat peribadi pujaanya, sedangkan tidak pernah mengingati nabi


6- Mencari keredhaan atau perasaan puas hati orang sekelilingnya, tetapi tidak sanggup mencari keredhaan Tuhannya..


7- Sanggup bertapa di gua-gua, menggunakan pelaris, dan sebagainya untuk kepentingan tertentu, tetapi tidak sanggup beramal mengikut Al-quran dan Sunnah...


8- Sanggup bekerja -keras untuk rezeki dunia, sehinggakan tiada masa untuk Tuhannya


9- Boleh menghabiskan masa yang lama untuk sesuatu yang melalaikan, tetapi tidak untuk mengingati tuhannya.


10- Berang ataupun marah apabila dikutuk kaum kerabat dan keluarganya, tetapi mampu berdiam ketika dikutuk agama, nabi, dan tuhannya..


- Banyak lagi sahabat-sahabat contoh-contoh berhala moden masa kini, mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam kelompok ini... wallahua'lam....

Wednesday 1 August 2012

3 Golongan Celaka Didoakan Malaikat Diaminkan Nabi

Nabi Muhammad s.a.w sedang melangkah naik ke
atas mimbar.Tiba-tiba para sahabat mendengar
nabi menyebut 'amin'.Hairan kerana Nabi bukan
sedang menadah tangan berdoa.Sebentar kemudian
sekali lagi Nabi menyebut 'amin' sehinggalah
cukup tiga kali.Para sahabat pun bertanya kepada Nabi sebaik sahaja baginda turun dari mimbar.




"Jibril muncul dihadapanku,"jawab Nabi s.a.w.
"Jibril berkata'celakalah sesiapa yang melalui
ramadhan yang diberkati tanpa memperoleh keampunan daripada Allah s.w.t.'Lalu aku pun
mengucapkan amin(mengaminkan)"


Nabi menyambung lagi"Jibril berkata lagi kepadaku,'Celakalah orang yang apabila disebutkan namamu (Nama Nabi s.a.w),dia tidak berselawat.'Lalu aku pun mengucapkan amin.Kemudian Jibril berkata lagi,'Celakalah sesiapa yang ibu-bapanya telah tua,atau salah seorang daripadanya telah tua, dia gagal berkhidmat kepada mereka.'


Dengan kedudukan doa yang cukup tinggi darjatnya itu iaitu doa malaikat Jibril dan diaminkan pula oleh Nabi s.a.w,pastilah doa ini dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sunday 29 July 2012

Orang Lalai dan Beriman

' Orang yang beriman apabila melakukan maksiat, ketakutan ibarat gunung akan menghempap kepalanya, tetapi orang yang lalai melakukan maksiat ibarat lalat yang hinggap dihidungnya...'

Akhirat dan Dunia

' Letakkan akhirat di hati, jika terlepas terasa sakitnya... Letakkan dunia di tangan jika terlepas tidak terasa...'

Lailatul Qodr, penantian atau pencarian...




Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’. Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.
 
Bertahun-tahun, baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan Arab Jahiliah. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.
Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.

Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar! 

Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam. Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah. 

Apakah malam Al Qadar 1431 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu? 

Apabila bercakap tentang Lailatul Qadar, terdapat berbagai-bagai pendapat tentang tanda-tanda berlakunya malam tersebut. Ada yang mengatakan apabila berlaku Lailatul Qadar, semua pokok menunduk rukuk dan semua sungai membeku dalam kadar waktu yang singkat.

Ada pula keterangan yang mengatakan cuaca pada siang hari menjadi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bahana Lailatul Qadar pada malamnya. Pendek kata, ada berbagai-bagai pandangan dan tanggapan. Apakah semuanya benar? Wallahua’lam. Pada hal di dalam Al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah saw malam Al Qadar masih kekal tersembunyi dan misteri untuk ditentukan secara pasti. 

Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten.
Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter.

Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.

Allah swt tidak memberitahu kita rupa bentuk atau tanda-tanda Lailatul Qadar. Kita juga tidak diberitahu bilakah masanya malam itu? Namun apa yang Allah swt beritahu kita dalam surah Al-Qadr ialah tentang keutamaan Lailatul Qadar. “Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.” Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”

Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walau pun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.
Menurut pandangan kebanyakan ulama tafsir, angka 1000 bulan ini tidak harus diertikan dengan bilangan antara 999 dan 1001. Sebaliknya ia dinisbahkan kepada nilai atau keutamaannya malam itu berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.

Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?
Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.

Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.

Siapakah mereka yang layak menerima tetamu daripada malaikat yang diutuskan Allah ini? Apa yang pasti, jiwa-jiwa yang kotor sudah tentu tidak layak mendapat kunjungan mereka. Malaikat Jibrail diperintahkan turun bertemu dengan Nabi saw pada Lailatul Qadar. Semenjak malam itu, Jibril a.s sentiasa diutuskan kepada baginda untuk menyampaikan wahyu.

Bermula pada malam itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah saw semuanya mendapat bimbingan terus dan intim daripada Allah swt. Apa sahaja yang diucapkan oleh baginda semuanya berpandukan wahyu. Ini berbeza dengan keadaan sebelum baginda menjadi nabi. Rasulullah saw terpaksa juga berperang atau berjuang antara keinginan negatif dengan tuntutan fitrahnya. Hanya setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan tuntutan fitrah sentiasa dapat mengalahkan bisikan nafsu dan syaitan.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.
Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.

Orang-orang yang layak mendapat Lailatul Qadar termasuk mereka yang istiqamah berpegang teguh kepada aqidah tauhid dan tidak mencampurkannya dengan syirik walau sedikit pun sedari kecil. Mereka ini sentiasa memelihara keimanan khususnya sepanjang bulan Ramadan, bahkan semakin bersemangat terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Mereka inilah orang-orang mendapat tetamu daripada malaikat yang turun pada malam Qadar. Malaikat akan membisikkan sesuatu kepada roh, jiwa dan fitrah mereka sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al- Fussilat ayat 30:
“Janganlah kamu takut, janganlah kamu bersedih.”

Bencana hidup penuh dengan ketakutan dan kesedihan merupakan dua perkara yang sering disebutkan dalam Al-Quran. Namun bagi orang mukmin, Allah swt janjikan bagi mereka tiada ketakutan dan tiada kesedihan atau dalam istilah lain mereka telah mendapat ketenangan.

Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Bayangkan apabila hidup sentiasa dikawal oleh malaikat. Jika hendak berbuat sesuatu yang tidak baik sentiasa ada malaikat yang mengingatkan. Oleh itu beruntunglah mereka yang mendapat Lailatul Qadar.

Nilai umur seseorang selepas mendapat Lailatul Qadar adalah lebih baik sekalipun ianya singkat. Katalah ada seorang tua berumur 70 tahun telah mendapat Lailatul Qadar pada malam ini. Bermula pada malam ini, hidupnya menjadi lebih terarah kepada kebaikan. Katakanlah di Luh Mahfuz pula telah tercatat umurnya akan berakhir pada 72 tahun. Jadi nilai umurnya yang dua tahun berbaki lagi itu (yakni setelah mendapat bimbingan malaikat dengan izin Allah) adalah jauh lebih baik daripada 70 tahun hidup sebelumnya!
Sejarah pernah memaparkan kisah Firaun yang sangat membenci Nabi Musa a.s dan ingin memalukannya. Dia pun mengatur satu majlis besar-besaran dihadiri pembesar-pembesar dan rakyat Masir. Ahli-ahli sihir diraja dikumpulkan untuk berlawan dengan Nabi Musa. Namun sihir-sihir diraja itu dapat dikalahkan oleh mukjizat Nabi yang berupa ular besar.
Ular besar itu telah menelan semua ular ahli-ahli sihir itu. Rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Nabi menyebabkan ahli-ahli sihir ini sujud kepada Allah. Mengapa mereka terus sujud menyembah Allah? Ahli-ahli sihir ini tahu membezakan yang mana ular sihir dan ular yang betul. Mereka yakin ular besar yang muncul di hadapan mereka bukanlah ular sembarangan atau ciptaan manusia.

Melihat sahaja ahli-ahli sihir telah beriman kepada Allah swt, Firaun menjadi terlalu marah. Firaun mengugut akan menyalib dan mengerat-ngerat badan mereka jika memeluk agama Nabi Musa. Namun ahli-ahli sihir itu teguh pendirian kerana lebih sayangkan iman daripada nyawa mereka sendiri. Akhirnya Firaun menyalib dan mengerat-ngerat tangan mereka dan dibiarkan sehingga mati.

Katakanlah selepas lima hari barulah mereka mati. Jadi nilai umur ahli-ahli sihir selama lima hari dalam keadaan beriman itu adalah lebih baik daripada umur mereka yang sebelumnya penuh dengan kejahatan.

Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi saw mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah swt sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.
Enam bulan sebelum Lailatul Qadar, baginda mengasingkan dirinya secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara waktu untuk menumpukan hati kepada Allah di gua Hira’. Itulah persediaan jiwa nabi sebelum menghadapi Lailatul Qadar.
Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar.

Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan serta sambil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir… tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal.

Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.

Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja).

Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.

Sunday 15 July 2012

Mukjizat Al-Quran.





ALLAHU AKBAR !! ternyata kehancuran gedung WTC sudah tertulis dlm Al Qur'an...

Siapa sangka Kejadian 11 september 2001 ini terdapat dalam Al- Quran. Ternyata Allah telah memberikan kabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur’an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang. Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 : Terjemahan “Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang- orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim.” Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan karena yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.

Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata ditepi jurang yang runtuh yang dalam arabnya “JURUFIN HAR”. ulama tafsir dulu menterjemahakan kata ini sebagai “tepi jurang yang runtuh” ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR. Subhanallah !! Kita ingat kejadian Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001 . Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :

1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11 .

2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9) , apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.

3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan – berulang sampai 4 kali – bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109 .

SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu ! Sungguh benarlah firman-Mu : “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda ( kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur’an itu adalah benar. (Al Qur’an, surah Al Fushshilat 53) Maha benar Allah dengan segala firman-Nya. Allahu Akbar !

Sunday 1 July 2012





Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Al-Isra' ayat 82)



Anda mempunyai masalah berikut? seperti:
-sukar untuk tidur malam
-Kerasukan
-sering bermimpi buruk
-mandul
-Panas baran
-Kanser
-strok
-Dan pelbagai penyakit gangguan makhlus halus.
Ikhtiarlah dan Segeralah menghubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba membantu.

Dan saya juga menawarkan perkhidmatan seperti berikut:

-Belajar mengaji, Fardhu Ain dan Tafsir al-Quran
-Memagar premis-premis perniagaan, sekolah dan rumah
-Mengadakan penerangan berkaitan Rawatan Islam dan sebagainya
-Produk-produk mngelak gangguan makhlus halus
-Pendinding diri mengikut Al-Quran dan Sunnah.




Harga tidak menjadi masalah, saya hanya ingin memanfaatkan ilmu yang ada..
 

Tuesday 26 June 2012

Wanita Iraq dirogol Tentera Amerika

Dalam melalui kehidupan seharian di sini, secara keseluruhunnya kita tenang dan lapang. Cuba lihat gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah. Renungkan... Kepada si suami bayangkanlah ini isteri-isterimu... Kepada si anak, bayangkanlah ini ibu-ibumu... Kepada si adik, bayangkan ini akak-akakmu... apakah perasaanmu? saat kau aman di sini, tambahkanlah imanmu, kerna tidak mustahil kau akan mengalami suasana begini..


























Monday 11 June 2012

Perjalanan Yang Menitiskan Air Mata....

Benarlah kata orang makin jauh kita berjalan makin banyak pengalaman yang kita peroleh.. Alhamdulillah dalam perjalanan ke Muadzam baru-baru ini untuk menjalankan Rawatan Islam di salah sebuah Perkampungan Orang Asli berdekatan Bukit Ibam, banyak yang dapat aku belajar... Banyak yang aku perolehi..sehingga membuatkan air mata ini menitis...
Kisahnya begini.. ada seorang sahabat ni.. daripada golongan Orang Asli, baru 4 tahun memeluk Agama 
Islam, Sudah menyertai kami hampir 6 bulan.. Bersama-sama belajar agama, sembahyang dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.. Allah memberinya hidayah..dalam keluarganya hanya dia yang Beragama Islam.. Satu hari dia meminta membantu mengubati ibunya yang sudah lama bergelut dengan masalah makhlus halus... Sering dirasuk... Setiap kali dia balik ke kampung, ibunya akan berubah sikap. Ibunya akan membencinya... Sering memarahinya. Tidak seprti dulu. Disebabkan itu, dia meminta kami untuk membantunya... Dan kisahnya...
SABTU- seawal jam 11.00 pagi, seprtimana yang dirancang, kami bersiap untuk bertolak. Saya, bersama tiga orang sahabat, dijemput oleh sahabat kami, setelah semua kelengkapan siap, kami bertolak. Dalam perjalanan, timbul banyak persoalan, Perasaan yang bercampur baur kerna inilah kali pertama sepanjang pengalamanku merawat pesakit dari kalangan bukan Islam, lebih-lebih lagi di Perkampungan Orang Asli.. Pasti banyak cabaran!!!
Alhamdulillah... Lebih kurang dalam pukul 4.00 petang kami tiba dirumah sahabat kita. Memang  di pedalaman. Walaupun berlainan agama, tapi kami disambut dengan baik oleh keluarga sahabat kita.. Layanan mereka seolah-olah kami pernah bertemu. Setelah berehat melepaskan penat perjalanan, kami mula merawat.. 
Rawatan yang agak lama kerna mengambil masa hampir ke Mahgrib.  Alhamdulillah selesai.. Selepas Solat Maghrib di Surau di perkampungan Orang Asli tersebut kami kembali ke rumah pesakit.. Alhamdulillah ibunya beransur pulih.. Setelah memberi penerangan kepada ibu dan ayahnya, kami pun pulang ke Nilai..
Namun bukan ini yang aku mahu fokuskan, apa yang membuatkan aku terharu dan menangis ialah, Bagaimana sahabat kami tadi, yang baru 4 tahun menempuh dugaan dalam hidupnya.. mempertahankan agama, menguatkan imannya.. Jika dilihat keadaan hidupnya.. Memang banyak cabaran, kuat ujian buatnya..
Cuba fikirkan, bagaimana dia bercerita kepada kami, apabila pulang ke kampungnya, dia tetap solat, dia tetap berpuasa, dia tetap menyambut Hari Raya.. Walaupun dia melakukannya seorang diri... Seramai 300 orang penduduk di kampungnya, Hanya 1% Yang Islam, dan saya boleh katakan hanya dia yang masih teguh pendiriannya. Bagaimana dugaannya? Seorang yang dilahirkan tanpa didikan agama, Tanpa Pengetahuan yang jelas tentang Islam, begitu kuat memelihara imannya. Saat itu, aku terfikir keadaan aku dahulu. Saat aku di dalam alam kejahilan.. Di waktu kecil ibu dan bapaku menerapkan agama, sudah suruh sembahyang, sudah lama aku tahu pasal Islam.. Tapi kenapa aku tetap melakukan dosa.. 
Dalam keadaan rumah yang dipenuhi anjing, dia tetap mampu tersenyum. Sedangkan kami tahu dihatinya tersimpan banyak harapan dan dugaan yang melimpah-limpah.. Apabila aku bertanya padanya, Mengapa dia Masuk Agama Islam, dia menjawab dia tahu Islam agama yang betul dan suci. Dan inilah yang membuatnya kuat, walaupun pada awal-awal pengislaman dia dahulu, dia pernah dihalau keluarga, Sembhayang berjemaah secara rahsia di surau dan macam-macam lagi.. Aku hanya mampu menangis...
Di dalam raut wajahnya dia menyimpan harapan yang tinggi. Seterusnya dia meluahkan harapannya iaitu dia mahu satu keluarganya memeluk Agama Islam. Kerna dia sering menangis apabila mengenangkan nasib keluarganya yang masih jauh,,,,
Sebagai penutup: Jadikanlah pengajaran,, Bagaimana seorang insan yang di dalam kegelapan mampu mncari cahaya yang kekal dan mempertahankannya. Sedangkan kita yang sudah berada di dalm Cahaya Islam masih terkapai-kapai mencari cahaya. Kepada sahabat kami ini, saya doakan semoga beliau terus kuat menghadapi hari yang akan mendatang. Seterusnya mampu memabantu ahli keluarganya. Bersama-sama menuju ke syurga.. InsyaAllah.. Wallahua'lam...

Friday 18 May 2012

Syurga Yang Di Salah Erti...

Salam sejahtera... 




Syurga... Inilah matlamat Orang Islam... jika ditanya kepada sesiapapun, pasti akan mahu ke syurga... Tanyalah kepada si penghisap dadah, si peminum arak, si kaki perempuan... syurga... itulah jawapan mereka... Namun cuba kita berfikir sejenak... Adakah syurga itu tempat yang mudah untuk kita... Ada sesetengah orang berkata: ' Ala rileksla, masuk neraka pun nanti masuk syurga jugak...', ' kalau semua masuk syurga sapa yang nak masuk neraka? ', dan macam-macam lagi persepsi masyarakat Islam kita pada hari ini...
Firman Allah.. ':


 وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
 Dan  barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasulnya dan melanggar ketentuan-ketentuannya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal didalamnya dan baginya siksa yang menghinakan.
 فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ
 Maka adalah kesudahan keduanya, bahwa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal didalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim.

Memang mustahil seseorang yang melanggar perintah Allah boleh ke syurga.. Ini bagi orang yang tak sembahyang.. NAmun bagi yang sudah bersembahyang... Ada yang lengkap solat jemaahnya ke masjid, juga meletakkan syurga di tempat yang rendah. Kenapa? kerna bagi mereka apa yang mereka buat hanyalah untuk diri sendiri... Biarlah orang tak solat... yang penting aku jaga diri aku... Cuba kita fikir di dalam hati, apa tujuan kita dilahirkan? apa tugas kita di bumi Allah ini? adakah hanya untuk melepaskan diri sendiri sahaja? cukupkah amalan kita?
Firman Allah di dalam Surat Al-Ahzab (33:72)
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh” .
 Surat Al-Anfaal (8:25)
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang lalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. “… bahwa bencana akan mengenai tidak hanya pada orang-orang yang salah atau yang memang bertanggung jawab, tapi juga mengenai pada orang-orang yang tidak bersalah.
Sudahkah lepas tanggungjawab kita sebagai khalifah???!!!!
Renung2kan sahabat... Moga-moga kita mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Kerna sudah tentu kita akan dipersoalkan kelak... 
' Selama kamu hidup, apakah sumbanganmu terhadap Agama Islam?'
Renung2kanlah...

Wednesday 9 May 2012

Mati!!!!






Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Jika kita seorang yang takut mati, kita akan mati, suka mati kita akan mati, tak nak mati tetap akan mati. Tiada apa yang kekal di dunia ini. Namun sejauh manakah ingatnya kita pada mati? Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Allah Taa'la berfirman: “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).
Cuba kita fikirkan sejenak. Cuba kita renungkan, di dalam kehidupan kita sekarang semuanya membawa kita kepada melupakan mati? sedarkah?
Dalam aspek kehidupan kita, apakah yang membawa kita mengingati mati? televisyen? Hiburan yang melampau, Sukan, internet, pekerjaan, wang, wanita, kuasa, pangkat merupakan penghalang kita untuk mengingati mati. Benarlah Rasulullah pada ketika dahulu pernah bersabda:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
S
eorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Cuba kita kembali pula kepada sejarah. Bagaimana Umat Islam dahulu mampu menjadi kuat dan ditakuti musuh? Ini kerana matlamat mereka adalah mati. Mereka berperang untuk mati syahid. Kerna mereka yakin dengan janji Allah. Tidak hairanlah mereka mampu menewaskan musuh-musuh walaupun musuh-musuh ketika itu sangat ramai.FIKIRKANLAH...

Monday 7 May 2012

Hebatnya Jin!!!

Wah... dalam melihat dunia serba moden ini sungguh hebat orang-orang kita.. Sudah banyak yang saya jumpa di dalam perubatan, orang-orang kita yang bersekutu dengan Jin ini. Masing-masing mempunyai tujuan dan maatlamat yang tersendiri. Ada yang menggunakan pelaris untuk maju dalam perniagaan. Untuk tujuan menjadi kuat, ada juga yang mahu dipandang tinggi, pengasih dan sebagainya.. Inilah orang kita....
Kesannya masing-masing ada masalah.. Semua ada yang sering didanggu. Masalah rumah tangga. Anak yang derhaka, rezeki yang sempit, rumah yang kusam dan suram, dan bermacam-macam lagi. Mengapa ini terjadi.. Pada awalnya, tidak salah untuk bersahabat dengan jin, tetapi apa yang bahayanya kerna kita tidak boleh nampak jin. Jika jin itu menipu sekalipun kita tidak akan tahu. Disebabkan itu sudah berapa ramai antara kita yang tertipu. Oleh sebab itu, untuk lebih selamat, janganlah melakukan sesuatu yang berkaitan dengan jin, kerna ia boleh membawa kepada kemudharatan. Lebih baik menghindarkan terus sesuatu yang membawa kemudharatan. Apa yang lebih ditakutkan pasti akan ramai di antara kita akan syirik. Menduakan Allah....
Ketahuilah Allah telah mengangkat manusia sebagai khalifah, mengapa kita masih mahu mngharapkan dia(jin)  yang juga makhluk diciptakan Allah.. Alhamdulillah pelbagai situasi yang saya boleh tengok, Daripada sinilah sy ambil pengajaran dan berpesan-pesan kepada siapa yang saya kenali. Hakikatnya, tiada apa yang boleh kita dapat jika bersekutu dengan jin melainkan syirik dan khurafat.. Selain mendatangkan kemudharatan, yang bukan hanya pada kita, tetapi akan berterusan sehingga ke anak cucu kita.. Wallahua'lam

Monday 23 April 2012

Saidina Omar R.A membunuh anak??????







Terdapat beberapa buah buku yang tersebar meluas dalam masyarakat yang menceritakan kisah Sayyidina Umar r.a. kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup, seperti sebuah buku berjudul “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga”  oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), m.s. 50-51.  Dua artikel berkenaan cerita ini telah  disiarkan dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998) dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM ( Harakah, 30 Nov 1998) . Kedua-duanya mengandungi cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.


Jika cerita seperti itu disiarkan oleh musuh Islam, tentu sekali tiada maksud lain bagi mereka melainkan untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. yang merupakan sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

Jika cerita seperti ini disebarkan oleh mereka dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah, pada pandangan penulis,  ada dua kemungkinan yang mendorong mereka untuk menyebarkannya.

Pertama, kerana jahil dan kedua, adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a. berada di zaman jahiliah.

Apa yang peliknya andaikata semasa zaman jahiliah itu, Sayyidina Umar r.a. telah melakukan demikian! Selain dari itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam dengan kemampuannya  yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Sayyidina Umar r.a. itu pun telah menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian apabila memeluk Islam?
Bagi penulis, tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana telah pun terbukti melalui banyak riwayat-riwayat yang sahih tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a. ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

Alangkah berguna kepada para pembaca sekiranya penulis-penulis buku dan artikel-artikel ini mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadis atau kitab-kitab sejarah yang muktabar! Tentu sekali ianya direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali apabila kita sebagai umat Islam menerima apa saja yang disogokkan dalam cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud,  “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa sahaja yang didengarnya.” ( Hadis Riwayat Muslim)

Tujuan penulis mengkaji semula dan membetulkan artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup Rasulullah s.a.w. Juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a. menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disebarkan dalam akhbar  sebagaimana di atas).

 Begini ceritanya…..

“...Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. Ia menangis. Umar tidak menghiraukannya….Umar menutupkan mata dan terfikir, “ Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” Ia menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “ Umar, jangan jadi pengecut,” Tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali ditelinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah ini selain tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulamak Islam dalam menilai sesuatu cerita.
 
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1)                          Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan membuktikan seorang pun daripada kabilah Quraisy menanam anaknya hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuannya.

2)                          Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah kabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka kerana anak-anak itu. (Muhammad Tayyib dan Najjar di dalam kitab Al-Qabasu AL-Waddah’, muka surat 78 Zakaria Basyir dalam Meccan Crucible, muka surat 24). Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Hasyim seorang pemimpin kabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman Jahiliah.


Disana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari kalangan Bani Tamim juga telah menyelamatkan ramai anak perempuan daripada dibunuh oleh ibu bapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan. Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada Al-Farazdaq seorang penyair Arab yang terkenal dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibu bapanya kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang ( At Thabarani dalam Al Mu’jamu’ Al Kabir, jilid 8 m.s.  77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakat sekeliling yang menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari  kebenaran dan sedapat  mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki baki peninggalan agama Nabi Ibrahim. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapanya lalu memelihara mereka hingga dewasa. Kemudian dia akan membawa anak-anak perempuan itu kepada kedua ibubapanya lalu berkata kepada mereka , “ Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini, kamu boleh mengambilnya atau kalau kamu tidak mahu kepada anak perempuan kamu ini biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” ( Bukhari, jilid 1 , m.s. 540)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja  keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau adalah sepupu Sayyidina Umar r.a.  Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id dan anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a. sendiri.

 Takkanlah keluarga yang terkenal dalam usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menonjol dan yang terpenting daripada mereka sendiri melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anaknya sendiri.

3)                          Setelah Mekah dibuka, Rasulullah SAW. Berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Diantara ucapan baginda SAW ialah:

“ Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.”

Hindun tiba-tiba berkata, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa itu tercatat di dalam kitab-kitab hadis dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci. Kata-kata Hindun ini menunjukkan kabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini. Sabda Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa kabilah Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu,  Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud,
“ Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka paling menjaga kedudukan dan harta benda suaminya”.

Apa ertinya pujian Nabi s.a.w terhadap sifat penyayang mereka terhadap anak-anaknya sekiranya mereka juga seperti kabilah-kabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak-anaknya?

Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

4)                          Dalam tradisi Arab, seorang yang dikurniakan dengan anak
                 sulungnya seperti Kuniah Nabi kita s.a.w ialah Abu Qasim, Kuniah     Sayyidina Umar r.a   ialah Abu Hafsin merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a. yang sulung ialah  Sayyidatina Hafsah.

5)                          Perlu juga diperhatikan bahawa disepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak daripada mereka itu?

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a Imam Ibn Jauzi dan lain-lain menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a. dan anak-anaknya di samping  hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

I)                  Zainab bt Maz’un

Zainab adalah saudara perempuan Uthman b. Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan dan saudara sesusu dengan Nabi s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii)                 Atikah bt Zaid b. Amar b. Nufail
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Iyadh
iii)               Isteri yang ketiga ialah Jamilah bt Tsabit b. Aflah
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim
iv)               Ummul Hakkam bt Al-Harith b. Hisham
Daripadanya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.
v)                 Ummul Kulthum bt Jarwal b. Malik
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak perempuan bernama Ubaidullah dan Zaid Al Akbar
vi)               Ummul Kulthum bt Ali b. Abi Talib
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid Al Asghrar dan Ruqayyah.
vii)             Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan
Luhayyah juga Sayyidina r.a telah mendapat anak. Daripada Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan daripada Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman Al Autsar dan Abdul Rahman Al Asghrar.
Jadi, anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

LELAKI

1)     Abdullah
2)     Abdul Rahman Al Akbar
3)     Abdul Rahman Al Autsar
4)     Abdul Rahman Al Asghrar
5)     Zaid Al Akbar
6)     Zaid Al Asghrar
7)     Ubaidullah
8)     ‘Aasim
9)     ‘iyadh 


PEREMPUAN:

1)     Hafsah
2)     Ruqayyah
3)     Fatimah
4)     Zainab
Daripada isteri pertamanya Zainab bt Maz’un, Sayyidina Umar r.a mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah b. Umar dan Abdul Rahman Al Akbar.Hafsah adalah anak sulungnya daripada Zainab bt Maz’un, sebab itulah beliau dikurniakan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk islam, beliau mempunyai hanya tiga orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul bencikan atau tidak suka kepada anak perempuan, kenapa pula dia memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logic Sayyidina Umar r.a baru mengetahui identity anaknya samada lelaki atau perempuan setelah anak itu berumur 4 tahun?

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh imam Daarini di dalam sunnahnya,atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah Saw lalu berkata, “wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang Jahiliah,kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan.Bila saya memanggilnya dia berlari-lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya dan ia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga, saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Ucapan terakhir yang terkeluar dari mulutnua ialah “ ayah!”

Mendengar ceritanya itu Nabi saw menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi saw berkata kepada orang itu, “ kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah saw.” Nabi bersabda, “orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih dari itu,” seraya baginda Rasulullah saw berkata kepada orang itu, “ceritakan sekali lagi kisah itu” orang itu pun mengulangi sekali lagi kisah itu sehingga Rasulullah saw menangis sehinnga basah janggutnya.

Kemudian Nabi saw bersabda, “perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah swt dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakan amalan-amalan yang lain” ( sunnah Daarini,jilid 1. ms 3)

Ini adalah satu kisah seorang yang tidak diketahui siapa orangnya,apa namanya? Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a. padahal cerita inipun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak disabitkan kerana Wadhin merupakan perawi teratas, lahir pada tahun 80H dan wafat pada 149 H,sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain lain diatasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

Dalam istilah ilmu hadis, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi diatasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulamak Rijal Hadits tentangnya. Imam Bukhari,Muslim dan Nasa’I tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “ dia seorang yang daif.” Abu Hatim berkata, “ sesetengah riwayatnya baik tetapi setengah yang lain sangat buruk.” Jauzajani berkata, “riwayat-riwayatnya adalah lemah” ( Mizan Al I’tidal, jilid 4. ms 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “ingatannya sangat teruk”.

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan tidak disebutkan dengan jelas namanya kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyididina Umar r.a.? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kecuali oleh musuh-musuh Islam. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...