Monday 23 April 2012

Saidina Omar R.A membunuh anak??????







Terdapat beberapa buah buku yang tersebar meluas dalam masyarakat yang menceritakan kisah Sayyidina Umar r.a. kononnya telah membunuh seorang anak perempuan dan menanamnya hidup-hidup, seperti sebuah buku berjudul “Sepuluh Sahabat Dijamin Ahli Syurga”  oleh Muhammad Ali Quthub, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd (1984), m.s. 50-51.  Dua artikel berkenaan cerita ini telah  disiarkan dalam akhbar Harakah. Satunya disiarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak di ruangan BESTARI (Harakah, 18 Disember 1998) dan satu lagi artikel hasil penyelidikan satu kumpulan yang memakai nama ILHAM ( Harakah, 30 Nov 1998) . Kedua-duanya mengandungi cerita yang sama dengan sedikit perbezaan ibaratnya.


Jika cerita seperti itu disiarkan oleh musuh Islam, tentu sekali tiada maksud lain bagi mereka melainkan untuk memburuk-burukkan imej Sayyidina Umar r.a. yang merupakan sahabat karib Rasulullah s.a.w. dan khalifah agung umat Islam.

Jika cerita seperti ini disebarkan oleh mereka dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaah, pada pandangan penulis,  ada dua kemungkinan yang mendorong mereka untuk menyebarkannya.

Pertama, kerana jahil dan kedua, adalah kerana menganggap kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar r.a. berada di zaman jahiliah.

Apa yang peliknya andaikata semasa zaman jahiliah itu, Sayyidina Umar r.a. telah melakukan demikian! Selain dari itu bukankah ini menunjukkan kehebatan Islam dengan kemampuannya  yang luar biasa dalam mengubah dan membentuk peribadi manusia sehingga manusia yang sekejam Sayyidina Umar r.a. itu pun telah menjadi sebaik-baik manusia malah pemimpin Islam contoh untuk umat Islam kemudian apabila memeluk Islam?
Bagi penulis, tidak timbul soal kehebatan Islam dalam mengubah kehidupan manusia kerana telah pun terbukti melalui banyak riwayat-riwayat yang sahih tetapi bagaimana dengan cerita kekejaman Sayyidina Umar r.a. ini? Apakah kedudukannya? Adakah ia memang berasas atau hanya dongeng dan cerita rekaan semata-mata?

Alangkah berguna kepada para pembaca sekiranya penulis-penulis buku dan artikel-artikel ini mengemukakan tempat rujukan kisah ini supaya amanah ilmiah yang mereka bawakan kepada orang ramai itu disampaikan dengan penuh tanggungjawab.

Kisah ini tidak akan dapat ditemui dan dikesan walaupun bayangnya di dalam kitab-kitab hadis atau kitab-kitab sejarah yang muktabar! Tentu sekali ianya direka oleh musuh Islam tetapi sungguh malang sekali apabila kita sebagai umat Islam menerima apa saja yang disogokkan dalam cerita atau kisah-kisah sahabat padahal Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda yang bermaksud,  “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila ia menceritakan apa sahaja yang didengarnya.” ( Hadis Riwayat Muslim)

Tujuan penulis mengkaji semula dan membetulkan artikel-artikel ini tidak lain adalah untuk memelihara kesucian sejarah hidup Rasulullah s.a.w. Juga untuk memberi peringatan kepada umat Islam umumnya, pendakwah-pendakwah, penulis-penulis dan guru-guru agama khususnya supaya berhati-hati apabila membawa sesuatu kisah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. kerana mereka adalah cermin agama Islam.

Supaya lebih jelas kepada para pembaca, penulis putarkan kembali bahagian terpenting daripada kisah Sayyidina Umar r.a. menanam hidup-hidup anak perempuannya (sebagaimana yang disebarkan dalam akhbar  sebagaimana di atas).

 Begini ceritanya…..

“...Umar memejamkan mata. Anak itu ditendangnya masuk ke dalam lubang yang digalinya. Ia menangis. Umar tidak menghiraukannya….Umar menutupkan mata dan terfikir, “ Oh! Anakku yang manis dan pintar. Mengapa kau dilahirkan sebagai perempuan?” Ia menangis. Tangannya gementar, tubuhnya menggigil. “ Umar, jangan jadi pengecut,” Tiba-tiba suara itu terdengar berulang kali ditelinganya. Lalu sambil menahan kesedihannya, Umar meneruskan lagi menimbun pasir ke lubang tadi, sehinggalah anaknya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah ini selain tidak terdapat di dalam kitab-kitab sahih dan muktabar, ia juga bercanggah dengan kaedah dirayah yang dipakai oleh ulamak Islam dalam menilai sesuatu cerita.
 
Di antara alasan yang boleh dikemukakan ialah:

1)                          Tidak ada satu pun riwayat yang boleh dipertanggungjawabkan membuktikan seorang pun daripada kabilah Quraisy menanam anaknya hidup-hidup, apatah lagi untuk membuktikan Sayyidina Umar r.a membunuh anak perempuannya.

2)                          Adat menanam anak perempuan hidup-hidup berlaku di kalangan setengah-setengah kabilah Bani Tamim dan Asad yang bimbangkan kepapaan menimpa mereka kerana anak-anak itu. (Muhammad Tayyib dan Najjar di dalam kitab Al-Qabasu AL-Waddah’, muka surat 78 Zakaria Basyir dalam Meccan Crucible, muka surat 24). Sebagaimana adanya riwayat menyebutkan Qais bin Hasyim seorang pemimpin kabilah Bani Tamim yang kemudiannya memeluk Islam, telah mengaku menanam hidup-hidup 8 orang anak perempuannya di zaman Jahiliah.


Disana terdapat juga riwayat menyebutkan seorang pemimpin dari kalangan Bani Tamim juga telah menyelamatkan ramai anak perempuan daripada dibunuh oleh ibu bapa mereka kerana takutkan kepapaan dengan membeli anak-anak perempuan. Di antara pemimpin yang menonjol dalam usaha membasmi adat keji ini ialah Sa’sa’ah bin Naajiah, datuk kepada Al-Farazdaq seorang penyair Arab yang terkenal dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Sa’sa’ah telah membeli anak perempuan daripada kedua ibu bapanya kemudian memelihara mereka hingga dewasa. Bilangan anak-anak perempuan yang dipeliharanya ialah 360 orang ( At Thabarani dalam Al Mu’jamu’ Al Kabir, jilid 8 m.s.  77). Sementara Zaid bin Amar bin Nufail pula tidak terpengaruh dengan masyarakat sekeliling yang menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain malah beliau mencari-cari  kebenaran dan sedapat  mungkin cuba mengesan serta mengamalkan saki baki peninggalan agama Nabi Ibrahim. Beliau juga membeli anak-anak perempuan daripada ibubapanya lalu memelihara mereka hingga dewasa. Kemudian dia akan membawa anak-anak perempuan itu kepada kedua ibubapanya lalu berkata kepada mereka , “ Jika kamu suka kepada anak perempuan kamu ini, kamu boleh mengambilnya atau kalau kamu tidak mahu kepada anak perempuan kamu ini biarlah anak-anak perempuan ini bersama saya.” ( Bukhari, jilid 1 , m.s. 540)

Zaid bin Amar bin Nufail bukan sahaja  keluarga Sayyidina Umar r.a malah beliau adalah sepupu Sayyidina Umar r.a.  Adik perempuan Sayyidina Umar r.a menjadi isteri kepada anaknya Sa’id dan anak perempuan Zaid pula menjadi isteri Sayyidina Umar r.a. sendiri.

 Takkanlah keluarga yang terkenal dalam usaha-usaha suci menyelamatkan anak-anak perempuan daripada dibunuh oleh ibubapa mereka, tiba-tiba seorang yang sangat menonjol dan yang terpenting daripada mereka sendiri melakukan perbuatan terkutuk ini dengan membunuh anaknya sendiri.

3)                          Setelah Mekah dibuka, Rasulullah SAW. Berbai’ah dengan perempuan-perempuan mukmin. Diantara ucapan baginda SAW ialah:

“ Kamu tidak lagi akan membunuh anak-anak kamu.”

Hindun tiba-tiba berkata, “Kami memelihara mereka semasa kecil, apabila besar kamu pula yang membunuhnya.”

Peristiwa itu tercatat di dalam kitab-kitab hadis dan kitab-kitab sirah dengan jelas dan terperinci. Kata-kata Hindun ini menunjukkan kabilah Quraisy tidak terlibat dengan adat yang keji ini. Sabda Rasullullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim juga membuktikan bahawa kabilah Quraisy tidak terlibat dalam pembunuhan anak-anak perempuan iaitu,  Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud,
“ Sebaik-baik perempuan Arab ialah perempuan Quraisy. Mereka sangat penyayang terhadap anak-anak yatim sewaktu kecilnya dan mereka paling menjaga kedudukan dan harta benda suaminya”.

Apa ertinya pujian Nabi s.a.w terhadap sifat penyayang mereka terhadap anak-anaknya sekiranya mereka juga seperti kabilah-kabilah lain yang terlibat dengan adat membunuh anak-anaknya?

Anak-anak Sayyidina Umar r.a yang lahir sebelum Islam semuanya hidup. Mereka ialah Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah bin Umar dan Abdul Rahman.

4)                          Dalam tradisi Arab, seorang yang dikurniakan dengan anak
                 sulungnya seperti Kuniah Nabi kita s.a.w ialah Abu Qasim, Kuniah     Sayyidina Umar r.a   ialah Abu Hafsin merujuk kepada Hafsah, anak perempuannya. Ini menunjukkan anak perempuan Sayyidina Umar r.a. yang sulung ialah  Sayyidatina Hafsah.

5)                          Perlu juga diperhatikan bahawa disepanjang hayatnya, berapa ramaikah isteri Sayyidina Umar r.a dan juga hamba sahayanya di samping anak daripada mereka itu?

Kerana sejarah menyimpan semua maklumat isteri-isteri dan anak-anak Sayyidina Umar r.a Imam Ibn Jauzi dan lain-lain menyenaraikan isteri-isteri Sayyidina Umar r.a. dan anak-anaknya di samping  hamba sahayanya. Beliau menulis, “Sayyidina Umar r.a mempunyai beberapa orang isteri dan mendapat ramai anak.” Isteri beliau ialah:

I)                  Zainab bt Maz’un

Zainab adalah saudara perempuan Uthman b. Maz’un yang terbilang di antara orang yang memeluk Islam di peringkat permulaan dan saudara sesusu dengan Nabi s.a.w. Dengan Zainab ini Sayyidina Umar r.a telah mendapat tiga orang anak iaitu Hafsah, Abdullah dan Abdul Rahman.

ii)                 Atikah bt Zaid b. Amar b. Nufail
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Iyadh
iii)               Isteri yang ketiga ialah Jamilah bt Tsabit b. Aflah
Daripadanya beliau mendapat seorang anak lelaki bernama ‘Aasim
iv)               Ummul Hakkam bt Al-Harith b. Hisham
Daripadanya beliau mendapat anak perempuan bernama Fatimah.
v)                 Ummul Kulthum bt Jarwal b. Malik
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak perempuan bernama Ubaidullah dan Zaid Al Akbar
vi)               Ummul Kulthum bt Ali b. Abi Talib
Daripadanya beliau mendapat dua orang anak bernama Zaid Al Asghrar dan Ruqayyah.
vii)             Daripada hamba sahayanya yang bernama Fukayyah dan
Luhayyah juga Sayyidina r.a telah mendapat anak. Daripada Fukayyah dia mendapat anak perempuan bernama Zainab dan daripada Luhayyah beliau mendapat anak bernama Abdul Rahman Al Autsar dan Abdul Rahman Al Asghrar.
Jadi, anak-anak Sayyidina Umar r.a adalah seperti berikut:

LELAKI

1)     Abdullah
2)     Abdul Rahman Al Akbar
3)     Abdul Rahman Al Autsar
4)     Abdul Rahman Al Asghrar
5)     Zaid Al Akbar
6)     Zaid Al Asghrar
7)     Ubaidullah
8)     ‘Aasim
9)     ‘iyadh 


PEREMPUAN:

1)     Hafsah
2)     Ruqayyah
3)     Fatimah
4)     Zainab
Daripada isteri pertamanya Zainab bt Maz’un, Sayyidina Umar r.a mendapat tiga orang anak iaitu Ummul Mukminin Hafsah, Abdullah b. Umar dan Abdul Rahman Al Akbar.Hafsah adalah anak sulungnya daripada Zainab bt Maz’un, sebab itulah beliau dikurniakan dengan Abu Hafsin.

Pada ketika beliau memeluk islam, beliau mempunyai hanya tiga orang anak ini sahaja. Kalau begitu anak yang manakah ditanam hidup-hidup oleh Sayyidina Umar r.a? Apakah namanya dan apakah nama ibunya? Kalaulah Sayyidina Umar r.a betul-betul bencikan atau tidak suka kepada anak perempuan, kenapa pula dia memakai kuniah Abu Hafsin?

Selain daripada alasan yang disebutkan tadi, adakah logic Sayyidina Umar r.a baru mengetahui identity anaknya samada lelaki atau perempuan setelah anak itu berumur 4 tahun?

Mungkin juga orang yang mula-mula menyebarkan kisah ini terkeliru dengan riwayat Wadhin yang dikemukakan oleh imam Daarini di dalam sunnahnya,atau mungkin ia pura-pura terkeliru.

Riwayat itu menyebutkan bahawa ada seorang lelaki mengadap Rasulullah Saw lalu berkata, “wahai Rasulullah! Kami dahulu orang-orang Jahiliah,kami menyembah berhala dan membunuh anak-anak. Saya pernah mempunyai seorang anak perempuan.Bila saya memanggilnya dia berlari-lari datang kepada saya dan sangat ceria. Pada suatu hari saya memanggilnya dan ia terus mengekori saya. Berdekatan dengan tempat itu ada satu telaga, saya memegang tangannya dan menolaknya masuk ke dalam telaga. Ucapan terakhir yang terkeluar dari mulutnua ialah “ ayah!”

Mendengar ceritanya itu Nabi saw menangis. Orang-orang yang ada berdekatan dengan Nabi saw berkata kepada orang itu, “ kamu betul-betul telah menyedihkan Rasulullah saw.” Nabi bersabda, “orang ini datang bertanyakan sesuatu yang lebih dari itu,” seraya baginda Rasulullah saw berkata kepada orang itu, “ceritakan sekali lagi kisah itu” orang itu pun mengulangi sekali lagi kisah itu sehingga Rasulullah saw menangis sehinnga basah janggutnya.

Kemudian Nabi saw bersabda, “perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah swt dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakan amalan-amalan yang lain” ( sunnah Daarini,jilid 1. ms 3)

Ini adalah satu kisah seorang yang tidak diketahui siapa orangnya,apa namanya? Mungkin orang-orang yang mempunyai maksud jahat mengaitkan cerita ini dengan Sayyidina Umar r.a. padahal cerita inipun jika ditimbang dengan neraca ilmu riwayat juga tidak disabitkan kerana Wadhin merupakan perawi teratas, lahir pada tahun 80H dan wafat pada 149 H,sedangkan dia tidak pula menceritakan perawi lain lain diatasnya. Tidak mungkin dia telah mendengar sendiri kisah ini 80 tahun sebelum kelahirannya!

Dalam istilah ilmu hadis, riwayat seperti ini dinamakan riwayat munqati’, kerana perawi diatasnya tidak disebutkan. Selain itu Wadhin itu sendiri adalah seorang yang dipertikaikan oleh ulamak Rijal Hadits tentangnya. Imam Bukhari,Muslim dan Nasa’I tidak mahu menerima riwayatnya. Ibnu Saad berkata, “ dia seorang yang daif.” Abu Hatim berkata, “ sesetengah riwayatnya baik tetapi setengah yang lain sangat buruk.” Jauzajani berkata, “riwayat-riwayatnya adalah lemah” ( Mizan Al I’tidal, jilid 4. ms 336). Hafidz Ibnu Hajar menulis bahawa, “ingatannya sangat teruk”.

Bila riwayat itu sendiri tidak tahan diuji, di samping orang yang berkenaan tidak disebutkan dengan jelas namanya kenapa pula ada orang yang pandai-pandai mengaitkannya dengan Sayyididina Umar r.a.? Tentu sekali perbuatan seperti ini tidak pernah dilakukan kecuali oleh musuh-musuh Islam. 

 

Thursday 19 April 2012

Bacalah Wahai Si Ibu dan Si Bapa





Dalam menempuhi hidup yang serba moden ini. Ramai ibu bapa yang lupa untuk mendidik anak-anak mereka dengan betul. Macam mana dengan betul yang saya maksudkan? Didikan agama yang sempurna.. Ada di antara anak-anak muda sekarang yang tidak diajar bersembahyang pun.. Tidak hairanlah apabila masalah sosial di kalangan remaja sekarang ni semakin membimbangkan.. Semakin rumit.. Apa puncanya? Bagi saya punca utama adalah mak dan ayah...


Memang ibu dan bapa yang bagus, dan dicemburui ramai ibu bapa yang lain. Apabila berjaya menghantar anak-anak ke sekolah yang bagus-bagus. Pendidikan yang mantap dan hebat. Ibu Bapa boleh tersenyum dan sentiasa kembang hidung dengan pandangan dan pujian terhadap anaknya. Tapi mereka lupa, mereka lupa akan siap yang mencipta mereka. Siapa yang menjadikan anaknya berjaya. Didikan agama sudah diletakkan di tempat yang kedua. Asalkan tahu sembahyang dan kenal Quran sudah cukup.. Inilah sifat orang kita sekarang..
Saya Ambil satu situasi, Cuba bayangkan wahai ibu dan ayah, apabila kau mati satu hari nanti. Perbezaan orang lain dan anakmu yang memandikan mayatmu... Jika anakmu sendiri pastilah akan disiramkan kau dengan perlahan-lahan, setiap titisan air yang jatuh ke atas jasadmu dinilai dan dihitung dengan kasih dan sayang... jari jemarimu disapu dengan lembut. Mengingatkan mereka akan jasa-jasamu di eaktu hidup mu... Berbeza orang lain yang memandikanmu.. Mereka mungkin agak kasar dan keras. Kerna yang penting bagi mereka, mereka telah selesai menjalankan tanggungjawab. Atau mendapat ganjaran bagi yang diupah..
Apabila anakmu yang mengimamkanmu.. Akan lebih khusyuk dan sempurna doa untukmu.. Akan lebih terasa akan kehilanganmu merupakan satu kehilanagan yang besar..


Jika di akhirat nanti, anakmu akan boleh mengheretmu ke neraka, dan anakmu itu jugalah yang boleh mengheretmu ke syurga.. Semua di atas hasil didikanmu. Janganlah biarkan anakmu memalukan kamu ketika di depan Allah nanti... Akhir kata, Hayatilah hadis Nabi yang berbunyi:
'Apabila matinya anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara- sedekah Jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat...' Wallaua'lam



7 Pesanan Rasulullah





Wasiat Rasulullah saw Kepada Abu zar Al-Ghifari :

 Dari Abu zar r.a dia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) saw berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara :

(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka

(2) Beliau memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku  dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku ( urusan keduniaan)

(3) Beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku

(4) Aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan lâ haulâ walâ quwwata illâ billâh (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)

(5) Aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit

(6) Beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah,

(7) Beliau melarang aku agar tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia”.


Hadis bertaraf sahih ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam ath-Thabrani, Imam al-Baihaqi.

Semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan agar kita dapat mengamalkan kesemua wasiat nabi saw ini dalam kehidupan seharian.

Kata Motivasi.




- Tak semua yang kita cari akan kita dapat peroleh.. Dan tak semua yang kita dapat atau peroleh dari apa yang   kita cari.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kau perlukan...-

- Ikan yang hidup di dalam air laut yang masin, tidak dapat dipengaruhi oleh rasa masin air laut itu, tetapi ikan yang  mati, jika diletakkan garam yang sedikit sudah memberi rasa yang masin pada seluruhnya..
begitulah keadaannya seperti hati. Hati yang hidup Sangat susah untuk dipengaruhi oleh apa pun. Tetapi hati yang mati sebaliknya...-

- Kita di masa hadapan bukanlah  seperti  apa yang kita impikan semata-mata, tetapi seperti apa yang kita usahakan pada hari ini.-

- Batu yang boleh terbentuk kerna titisan air.. Bukan kerna derasnya titisan air itu,, tetapi kerna kerapnya ia menitis-


- Hidup ini ibarat kita sedang memandu kereta.. Menuju ke destinasi masing-masing.. Kita perlu sentiasa memandang ke depan untuk menuju ke destinasi..Seketika waktu kita juga perlu melihat cermin belakang, kerna pengalaman yang lalu boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman... Perlu juga kadang-kala perlu melihat cermin kiri dan kanan. kerna kita perlu tahu dan sentiasa sedar akan bahaya yang mungkin mendatang...-

- Menangis itu lebih perlu dari ketawa... Kerna, menangis itu membuatkan kita ingat akan kesilapan kita.. Tetapi bila ketawa kita kan lupa segalanya....-

- Meminta maaf itu manusia... Tetapi memaafkan itu kemanusiaan...-

- Untuk berjaya kita perlu mendaki, Kerna jika kita terjatuh sekalipun masih ada tempat untuk berpaut...
Jika kita terus di puncak, jika kita terjatuh, akan terus jatuh ke bawah.....-

- Melakukan sesuatu, dan kita tahu apa yang kita lakukan itulah antara orang  berilmu..-

- Amalan sedekah dihitung bukan kerna banyaknya kita bersedekah.. tetapi betapa ikhlas dan redhanya kita bersedekah....-






Sifat Orang Kita



Ruangan ini merupakan ruangan untuk membincangkan tentang sikap-sikap orang kita yang mana mereka mengaku bahawa mereka ini Islam. Banyak, terlalu banyak yang dilakukan orang kita pada masa ini betul-betul melanggar ajaran yang di bawa oleh Nabi kita dan melanggar syariah Islam. Anda boleh berkongsi pengalaman anda untuk diceritakan kepada umum. Kita bukan membincangkan tentang keburukan orang lain, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman. selain itu mencari penyelesaian masalah Ummah dan menyedarkan kita, sesungguhnya kita sudah berada di akhir zaman...
-segala perkongsian boleh dihantar di ruangan 'Pertanyaan dan Perkongsian'-

Monday 16 April 2012

Kelas Mengaji Mingguan





-Kami mengadakan Kelas Mengaji untuk Kanak-kanak berusia 7-12 tahun.

-Bermula pada Bulan Mei

-Selain mengaji diterapkan juga Hukum Tajwid, Tafsir Al-Quran dan Fardhu Ain.

-Diadakan setiap Jumaat Sabtu Dan Ahad selepas Solat Asar.

-Bayaran seikhlas hati. Kami hanya memanfaatkan ilmu yang ada.

-Tenaga pengajar dari Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.

-Berminat sila hubungi kami di ruang 'Hubungi Saya'.

-Terhad kepada beberapa orang pelajar sahaja.

Permulaan Mempelajari Perubatan Islam

Ketika itu, aku  masih di Tahun ke-3 di Universiti Sains Islam Malaysia. aku wat part time berniaga sate bersama dengan dua orang kawan aku. Kerana kesempitan wang, aku terpakse mengorbankan masa berpenat-lelah mencari rezeki luaran. Jika semata-mata mengharapkan duit Pinjaman PTPTN, memang tidak mencukupi. Tambahan lagi, aku bukanlah anak orang yang berada seperti orang lain, boleh dapat duit tiap bulan dari ibu dan bapa.
Malam itu, habis berniaga sate, aku bersama kawan-kawan melepaskan letih di sebuah Restoran berdekatan. Kebetulan jugak ketika itu, aku ada masalah keluarga. Ayah pula sedang sakit. Usus dia pecah. Ketika rancak berborak, datang seorang abang, membawa handset memberitahu ada sesuatu yang mahu dia tunjukkan. Dia pun menunjukkan satu video yang bagi aku agak pelik. tak pernah aku menonton video sebegitu. Video tentang pagar diri. Dihati kami masing-masing terlintas bahawa ini ilmu jin, tipu dan sebagainya. Namun setelah diterangkan dengan teliti akhirnya baru aku faham.
Selepas hampir beberapa jam kami berbincang, abang itu terus pulang. Entah kenapa selepas aku melihat video itu, dan mendengar penjelasan abang tu, hatiku berbisik 'aku mesti belajar ilmu ni'..
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. selang beberapa malam selepas itu, aku bersama kawan aku dipermudahkan untuk mempelajari ilmu tu sehingga sekarang.
Banyak yang aku pelajari sehingga ke hari ini. Pada permulaan, niatku ambil ilmu ni hanyalah untuk menjadi kuat dan boleh berubat semata-mata. Rupanya ada yang lagi penting. Taqwa.. Inilah yang aku dapat. Selepas aku, seorang demi seorang kawan-kawan menyusul untuk belajar ilmu ini. Setiap malam kami lebih didedahkan dengan perbincangan masalah Ummat. Mempelajari Tafsir Al-Quran, dan Fardhu Ain. Sedikit demi sedikit pintu hati ini terbuka. Terbuka untuk mencari sinar hidayah Allah. Baru aku faham erti kehidupan seorang manusia. Manusia adalah hamba dan khalifah pada Allah.. Alhamdulillah, aku rasa tenang. Disamping aku dapat menolong orang, aku juga dapat mendekatkan diri pada Allah. Terima kasih Allah kerna masih memberi ruang kepada hambaMu yang hina ini.
Hari demi hari aku faham, apa matlamat sebenarnya ilmu ni dan perubatan islam yang lain. Bukan sekadar berubat semata-mata, tapi apa yang penting, dakwah...
Dengan ilmu ni sekurang-kurangnya aku dapat menarik orang yang pada asalnya tak solat, lagha, mengejar dunia semata-mata sama macam mana aku dahulu, kembali ke pangkal jalan. InsyaAllah selagi mana aku masih bernafas aku akan cuba menyambung tugas Rasulullah Sallallahua'laihiwasallam iaitu berdakwah .
Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...