Monday 11 June 2012

Perjalanan Yang Menitiskan Air Mata....

Benarlah kata orang makin jauh kita berjalan makin banyak pengalaman yang kita peroleh.. Alhamdulillah dalam perjalanan ke Muadzam baru-baru ini untuk menjalankan Rawatan Islam di salah sebuah Perkampungan Orang Asli berdekatan Bukit Ibam, banyak yang dapat aku belajar... Banyak yang aku perolehi..sehingga membuatkan air mata ini menitis...
Kisahnya begini.. ada seorang sahabat ni.. daripada golongan Orang Asli, baru 4 tahun memeluk Agama 
Islam, Sudah menyertai kami hampir 6 bulan.. Bersama-sama belajar agama, sembahyang dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.. Allah memberinya hidayah..dalam keluarganya hanya dia yang Beragama Islam.. Satu hari dia meminta membantu mengubati ibunya yang sudah lama bergelut dengan masalah makhlus halus... Sering dirasuk... Setiap kali dia balik ke kampung, ibunya akan berubah sikap. Ibunya akan membencinya... Sering memarahinya. Tidak seprti dulu. Disebabkan itu, dia meminta kami untuk membantunya... Dan kisahnya...
SABTU- seawal jam 11.00 pagi, seprtimana yang dirancang, kami bersiap untuk bertolak. Saya, bersama tiga orang sahabat, dijemput oleh sahabat kami, setelah semua kelengkapan siap, kami bertolak. Dalam perjalanan, timbul banyak persoalan, Perasaan yang bercampur baur kerna inilah kali pertama sepanjang pengalamanku merawat pesakit dari kalangan bukan Islam, lebih-lebih lagi di Perkampungan Orang Asli.. Pasti banyak cabaran!!!
Alhamdulillah... Lebih kurang dalam pukul 4.00 petang kami tiba dirumah sahabat kita. Memang  di pedalaman. Walaupun berlainan agama, tapi kami disambut dengan baik oleh keluarga sahabat kita.. Layanan mereka seolah-olah kami pernah bertemu. Setelah berehat melepaskan penat perjalanan, kami mula merawat.. 
Rawatan yang agak lama kerna mengambil masa hampir ke Mahgrib.  Alhamdulillah selesai.. Selepas Solat Maghrib di Surau di perkampungan Orang Asli tersebut kami kembali ke rumah pesakit.. Alhamdulillah ibunya beransur pulih.. Setelah memberi penerangan kepada ibu dan ayahnya, kami pun pulang ke Nilai..
Namun bukan ini yang aku mahu fokuskan, apa yang membuatkan aku terharu dan menangis ialah, Bagaimana sahabat kami tadi, yang baru 4 tahun menempuh dugaan dalam hidupnya.. mempertahankan agama, menguatkan imannya.. Jika dilihat keadaan hidupnya.. Memang banyak cabaran, kuat ujian buatnya..
Cuba fikirkan, bagaimana dia bercerita kepada kami, apabila pulang ke kampungnya, dia tetap solat, dia tetap berpuasa, dia tetap menyambut Hari Raya.. Walaupun dia melakukannya seorang diri... Seramai 300 orang penduduk di kampungnya, Hanya 1% Yang Islam, dan saya boleh katakan hanya dia yang masih teguh pendiriannya. Bagaimana dugaannya? Seorang yang dilahirkan tanpa didikan agama, Tanpa Pengetahuan yang jelas tentang Islam, begitu kuat memelihara imannya. Saat itu, aku terfikir keadaan aku dahulu. Saat aku di dalam alam kejahilan.. Di waktu kecil ibu dan bapaku menerapkan agama, sudah suruh sembahyang, sudah lama aku tahu pasal Islam.. Tapi kenapa aku tetap melakukan dosa.. 
Dalam keadaan rumah yang dipenuhi anjing, dia tetap mampu tersenyum. Sedangkan kami tahu dihatinya tersimpan banyak harapan dan dugaan yang melimpah-limpah.. Apabila aku bertanya padanya, Mengapa dia Masuk Agama Islam, dia menjawab dia tahu Islam agama yang betul dan suci. Dan inilah yang membuatnya kuat, walaupun pada awal-awal pengislaman dia dahulu, dia pernah dihalau keluarga, Sembhayang berjemaah secara rahsia di surau dan macam-macam lagi.. Aku hanya mampu menangis...
Di dalam raut wajahnya dia menyimpan harapan yang tinggi. Seterusnya dia meluahkan harapannya iaitu dia mahu satu keluarganya memeluk Agama Islam. Kerna dia sering menangis apabila mengenangkan nasib keluarganya yang masih jauh,,,,
Sebagai penutup: Jadikanlah pengajaran,, Bagaimana seorang insan yang di dalam kegelapan mampu mncari cahaya yang kekal dan mempertahankannya. Sedangkan kita yang sudah berada di dalm Cahaya Islam masih terkapai-kapai mencari cahaya. Kepada sahabat kami ini, saya doakan semoga beliau terus kuat menghadapi hari yang akan mendatang. Seterusnya mampu memabantu ahli keluarganya. Bersama-sama menuju ke syurga.. InsyaAllah.. Wallahua'lam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...