Monday, 19 March 2012

Aku

Aku Mohd Amirul Faiz bin Mat Zahari.. Dilahirkan di Felda Jengka 25, Bandar Jengka Pahang. Anak kedua daripada enam adik- beradik. Ayahku, Mat Zahari bin Nasab merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Terkenal di Jengka 25, dengan kehebatannya merubat penyakit-penyakit seperti santau, histeria, saka dan lain-lain. selain itu, beliau juga boleh mengurut. Lebih dikenali sebagai Ustad Zahari oleh penduduk kampung.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 25. Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini. Seterusnya mengambil Sijil Tinggi Agama Menengah(Stam) di Kulliah Al-lughah Waddin Pekan, Pahang. Seterusnya Alhamdulillah diterima untuk meneruskan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran Dan Sunnah. Sekarang sedang menjalani latihan praktikal selama empat bulan di Masjid Putra, Putajaya.
Aku juga berpengalaman dalam merawat penyakit seperti ayahku, memagar rumah, membuang saka, santau, busung dan lain-lain lagi. Perbezaan aku dan ayahku ialah aku Pengamal Perubatan Islam, tetapi berbeza dengan ayahku yang lebih pada pendamping, atau orang bunian.
Itu hanya pada mulanya, beberapa lama kemudian, ayahku tertarik dengan Perubatan Islam yang aku pelajari. Alhamdulillah, dengan berkat doaku, dia juga kini merupakan pengamal Pengamal Perubatan Islam seperti aku, tiada lagi menggunakan sebarang pendamping. kerna dia tahu itu hanya akan mendatangkan mudarat dan boleh membawa kepada syirik. Kini, dia giat menjalankan Perubatan Islam di Jengka 25. dan aku meneruskan Perubatan Islam di sebuah Klinik Perubatan Islam di Nilai Perdana bersama rakan-rakan yang lain.
Untuk maklumat lanjut boleh membuka di ruangan 'Perubatan Islam' di sudut Jom Baca blog ini. Sekian wallaua'lam....

Sunday, 18 March 2012

Untukmu Wanita

Salam sejahtera,
Terdetik hati ini untuk menceritakan sesuatu yang penting untuk kita sebagai seorang Islam. Wanita... Wanita adalah perhiasan duniawi. Pelengkap bagi kehidupan seorang lelaki. Wanita diciptakan Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S. Sebagai petunjuk bahawa wanita adalah untuk disayangi dan bukan diciptakan dari kaki untuk dimaki atau dicaci, dan bukan juga dari kepala untuk dijunjung dan disanjung. 


Banyak perbezaan wanita kini dan dulu. Yang mana jika kita lihat, di Negara Malaysia sendiri, wanita sudah memonopoli kebanyakan kerjaya-kerjaya tinggi yang dahulunya di kuasai lelaki. Wanita kini juga sudah ada yang menjadi puncuk pimpinan dalam institusi yang besar. Jika dilihat di mana sekalipun, termasuk di Pusat-pusat pengajian kebanyakannya di monopoli oleh wanita. Berbeza dengan dahulu, yang mana wanit ketika itu lebih banyak menghabiskan masa di dapur rumah sahaja.

Dengan sebab di ataslah munculnya beberapa pemahaman-pemahaman yang agak songsang dengan ajaran Islam. Sehinggakan ada di antara wanita yang mempertikaikan Islam. Ada di antara mereka yang menganggap bahawa Islam tidak adil pada wanita. Islam terlalu berat untuk wanita.
Moga-moga wanita-wanita di sini tidak tergolong dalam kelompok dinyatakan di atas. Sedarkah kamu semua wahai wanita, apakah yang Rasulullah ajarkan kepada kita semua tentang betapa pentingnya wanita?. Sedarkah wahai wanita-wanita sekalian bahawa Rasulullah lah yang mengubah persepsi-persepsi lelaki terhadap wanita. cuba kita balik kepada sejarah. Yang mana wanita ketika kedatangan Islam yang di layan tak ubah seperti binatang.

Wanita sebelum Rasulullah S.A.W, tidak berdarjat dan tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka akan membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam kepada lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu   .Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan dengan taraf lelaki. Menurut Plato(guru kepada Aristotles), keberanian lelaki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya,

-“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah.”
(Surah An Nahl : Ayat 58)“Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan apakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
(Surah An Nahl : Ayat 59).


“Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan mereka bagi agama mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”
(Surah Al An’am : Ayat 137)


Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya hidup-hidup, tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun membiarkannya hidup.


Menurut Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut tertindas.
Penghinaan terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka, seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.


Setelah kedatangan Islam, martabat kaum wanita diangkat dan dimuliakan. Tiada lagi diskriminasi terhadap kaum wanita dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu di dalam kehidupan. Begitulah adilnya Islam terhadap kaum wanita dan telah membebaskan mereka dari diskriminasi yang telah sekian lama membelenggu diri mereka.
 
  Sedikit demi sedikit Rasul kita mengubah persepsi dang layanan lekaki terhadap wanita. Rasulullah mengajar umatnya supaya sentiasa menyayangi dan memelihara wanita. Wanita pada Rasulullah merupakan sebagai pengingat kia atau pelengkap kita. Nabi sendiri sentiasa mengambil pandangan daripada isteri-isteri baginda apabila berlaku sesuatu masalah. Pernah Rasulullah bermusyawarah dengan isterinya Ummu Salamah dalam urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela dan sedar dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah itu terdapat kebaikan dan berkat.


Demikianlah Islam, tidak pernah menjatuhkan atau tidak adil pada wanita. Pikirlah wahai wanita. Adakah benar Islam itu kejam terhadap wanita? Tanye diri sendiri. Jangan jadikan diri sebagai seorang yang menentang Hukum Allah. Wallahua'lam.....

Wednesday, 14 March 2012

Untukmu Dirang....

Tatkala diri ini melihat si anak-anak kecil berlari di dalam keriangan... Gelak tawa mereka yang memecah kesunyian di waktu senja nan damai ini. Terbayang-bayang di pikiranku satu wajah yang sukar aku lupakan... Wajah yang comel yang begitu banyak terpampang dalam ruang akhbar beberapa hari ini...

Walaupun aku tahu, dia tidak pernah mengenaliku, memandang wajahku, dan aku tidak pernah mengenalinya, memandang wajahnya. Tetapi, disebabkan oleh bibit-bibit kemanusiaan dan kasih sayang, hati ini rasa pilu dan terkilan. Sebak, sedih dan tidak ketinggalan perasaan marah yang semakin mendatang. Aku yakin ini juga dirasai oleh ramai antara kita, yang masih bergelar manusia.

Persoalan yang patut kita timbulkan dalam kepala pemikiran kita. Mengapa?  Mengapa begitu kejam manusia di zaman ini . Di mana letaknya kasih sayang dan akal fikiranmu si pembunuh? Mengapa dia yang lemah ini kau jadikan mangsa? Mengapa? Mengapa kau begitu zalim?!!!!!!

Mungkin di saat kau menculiknya, dia mengeluarkan tangisan. Tangisan seorang insan yang tak terdaya. Kau tidak mempedulikan tangisannya, sehingga kau sanggup membunuh dan membakarnya!! Kau syaitan si pembunuh..!!! Semoga Allah membalas segala perbuatanmu yang kejam itu...

Kau biarkan mayatnya yang rentung itu di kawasan yang terbiar. Pikirkanlah tatkala itu naluri seorang ibu yang semakin tergugat. Melihat anaknya di perlakukan kejam yang tersangat kejam. Tangisan, kesedihan seorang ibu yang sukar digambarkan pada waktu itu. Hanya Allah yang tahu.

Bersabarlah si ibu, walaupun aku tahu ungkapan ini tetap tidak dapat menghilangkan kesedihanmu. Yakinlah, segalanya akan terjawab nanti.. Dan buatmu Nurul Nadirah Abdullah,, damailah kau disana.. Bergembiralah bersama ahli-ahli syurga... Kau insan yang terpilih, mendiami syurga Allah di saat kau masih kecil.,...

Ini sahaja yang dapat aku ungkapkan. Moga dengan nukilan yang tak seberapa ini, boleh memberi kita sama-sama manfaat.. Aku di sini berdoa moga-moga Keluarga Nurul Nadirah Abdullah tabah mengharungi dugaan ini. 

Wallahua'lam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...