Sunday 18 March 2012

Untukmu Wanita

Salam sejahtera,
Terdetik hati ini untuk menceritakan sesuatu yang penting untuk kita sebagai seorang Islam. Wanita... Wanita adalah perhiasan duniawi. Pelengkap bagi kehidupan seorang lelaki. Wanita diciptakan Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam A.S. Sebagai petunjuk bahawa wanita adalah untuk disayangi dan bukan diciptakan dari kaki untuk dimaki atau dicaci, dan bukan juga dari kepala untuk dijunjung dan disanjung. 


Banyak perbezaan wanita kini dan dulu. Yang mana jika kita lihat, di Negara Malaysia sendiri, wanita sudah memonopoli kebanyakan kerjaya-kerjaya tinggi yang dahulunya di kuasai lelaki. Wanita kini juga sudah ada yang menjadi puncuk pimpinan dalam institusi yang besar. Jika dilihat di mana sekalipun, termasuk di Pusat-pusat pengajian kebanyakannya di monopoli oleh wanita. Berbeza dengan dahulu, yang mana wanit ketika itu lebih banyak menghabiskan masa di dapur rumah sahaja.

Dengan sebab di ataslah munculnya beberapa pemahaman-pemahaman yang agak songsang dengan ajaran Islam. Sehinggakan ada di antara wanita yang mempertikaikan Islam. Ada di antara mereka yang menganggap bahawa Islam tidak adil pada wanita. Islam terlalu berat untuk wanita.
Moga-moga wanita-wanita di sini tidak tergolong dalam kelompok dinyatakan di atas. Sedarkah kamu semua wahai wanita, apakah yang Rasulullah ajarkan kepada kita semua tentang betapa pentingnya wanita?. Sedarkah wahai wanita-wanita sekalian bahawa Rasulullah lah yang mengubah persepsi-persepsi lelaki terhadap wanita. cuba kita balik kepada sejarah. Yang mana wanita ketika kedatangan Islam yang di layan tak ubah seperti binatang.

Wanita sebelum Rasulullah S.A.W, tidak berdarjat dan tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka akan membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam kepada lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu   .Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan dengan taraf lelaki. Menurut Plato(guru kepada Aristotles), keberanian lelaki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.

Allah S.W.T berfirman yang maksudnya,

-“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah.”
(Surah An Nahl : Ayat 58)“Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan apakah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup), ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
(Surah An Nahl : Ayat 59).


“Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka menjadikan orang-orang musyrik itu menganggap baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan mereka bagi agama mereka. Dan kalau Allah mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”
(Surah Al An’am : Ayat 137)


Wanita juga bertindak bengis terhadap anak perempuan di zaman jahiliyah seperti yang dilakukan oleh lelaki. Menurut Ibnu Abbad, wanita di zaman jahiliyah ada yang bila mengandung, ia menggali lubang dan berbaring di tepinya. Apabila lahir bayi perempuan, ia akan mencampakkannya ke dalam lubang tersebut dan menanamnya hidup-hidup, tetapi apabila bayi lelaki yang lahir maka ia pun membiarkannya hidup.


Menurut Qatadah, suku Mudlar dan Khuzaah menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup dan yang paling kejam antara mereka ialah dari Bani Tamim. Mereka takut tertindas.
Penghinaan terhadap wanita di zaman jahiliyah Arab bukan hanya terbatas kepada penguburan bayi hidup-hidup, tetapi kehinaan itu meliputi seluruh segi kehidupan mereka, seperti wanita dijadikan hamba seks, hamba abdi yang boleh diperintahkan apa saja dan tidak mempunyai apa-apa hak.


Setelah kedatangan Islam, martabat kaum wanita diangkat dan dimuliakan. Tiada lagi diskriminasi terhadap kaum wanita dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu di dalam kehidupan. Begitulah adilnya Islam terhadap kaum wanita dan telah membebaskan mereka dari diskriminasi yang telah sekian lama membelenggu diri mereka.
 
  Sedikit demi sedikit Rasul kita mengubah persepsi dang layanan lekaki terhadap wanita. Rasulullah mengajar umatnya supaya sentiasa menyayangi dan memelihara wanita. Wanita pada Rasulullah merupakan sebagai pengingat kia atau pelengkap kita. Nabi sendiri sentiasa mengambil pandangan daripada isteri-isteri baginda apabila berlaku sesuatu masalah. Pernah Rasulullah bermusyawarah dengan isterinya Ummu Salamah dalam urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela dan sedar dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah itu terdapat kebaikan dan berkat.


Demikianlah Islam, tidak pernah menjatuhkan atau tidak adil pada wanita. Pikirlah wahai wanita. Adakah benar Islam itu kejam terhadap wanita? Tanye diri sendiri. Jangan jadikan diri sebagai seorang yang menentang Hukum Allah. Wallahua'lam.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...