Monday 19 March 2012

Aku

Aku Mohd Amirul Faiz bin Mat Zahari.. Dilahirkan di Felda Jengka 25, Bandar Jengka Pahang. Anak kedua daripada enam adik- beradik. Ayahku, Mat Zahari bin Nasab merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Terkenal di Jengka 25, dengan kehebatannya merubat penyakit-penyakit seperti santau, histeria, saka dan lain-lain. selain itu, beliau juga boleh mengurut. Lebih dikenali sebagai Ustad Zahari oleh penduduk kampung.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 25. Melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini. Seterusnya mengambil Sijil Tinggi Agama Menengah(Stam) di Kulliah Al-lughah Waddin Pekan, Pahang. Seterusnya Alhamdulillah diterima untuk meneruskan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran Dan Sunnah. Sekarang sedang menjalani latihan praktikal selama empat bulan di Masjid Putra, Putajaya.
Aku juga berpengalaman dalam merawat penyakit seperti ayahku, memagar rumah, membuang saka, santau, busung dan lain-lain lagi. Perbezaan aku dan ayahku ialah aku Pengamal Perubatan Islam, tetapi berbeza dengan ayahku yang lebih pada pendamping, atau orang bunian.
Itu hanya pada mulanya, beberapa lama kemudian, ayahku tertarik dengan Perubatan Islam yang aku pelajari. Alhamdulillah, dengan berkat doaku, dia juga kini merupakan pengamal Pengamal Perubatan Islam seperti aku, tiada lagi menggunakan sebarang pendamping. kerna dia tahu itu hanya akan mendatangkan mudarat dan boleh membawa kepada syirik. Kini, dia giat menjalankan Perubatan Islam di Jengka 25. dan aku meneruskan Perubatan Islam di sebuah Klinik Perubatan Islam di Nilai Perdana bersama rakan-rakan yang lain.
Untuk maklumat lanjut boleh membuka di ruangan 'Perubatan Islam' di sudut Jom Baca blog ini. Sekian wallaua'lam....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...